Profil HMC Niaga





HMC NIAGA ENTERPRISE (MA0105199-M) telah didaftarkan pada 07 April 2008 sebagai syarikat milikan tunggal. Ditubuhkan sejak tahun 2007 yang pertama kalinya beroperasi di Muar, Johor dengan 2 pekerja sahaja.
Penubuhan  HMC NIAGA ENTERPRISE pada mulanya amat mencabar berdasarkan kepada persaingan syarikat pengendali khidmat catering lain. Tetapi setelah menemui kaedah e-dagang iaitu urusan perniagaan melalui internet, kami kini berdiri megah kerana mempunyai direktori pelanggan yang tidak terhad dan pelbagai golongan.
Kini  HMC NIAGA ENTERPRISE ditadbir oleh Amir Hamzah Bin Mohd Maddat selaku Pengarah Urusan. Dibantu oleh Mohamad Shukri M.Yusof (Pegawai Pemasaran) dan Siti Nurhidayah bin Zainuddin (Penyelaras Akaun) .Memiliki 3 orang pembantu tetap dan beberapa pekerja sambilan.
            Dahulunya HMC NIAGA ENTERPRISE hanya mampu mengendalikan majlis kecil-kecilan  sahaja. Atas permintaan dan perkembangan serta perancangan masa depan, kami meluaskan perkhidmatan merangkumi majlis keraian, perkahwinan, majlis rasmi, makan malam dan lain-lain. Kami juga memperkenalkan khidmat canopy sebagai produk terbaru perkhidmatan kami.
HMC NIAGA ENTERPRISE kini boleh berbangga kerana sambutan pelanggan sehingga ke Pontian, Johor Bahru,  Kuala Pilah, Gemas, Segamat, Batu Pahat, Melaka Tengah, Alor Gajah dan Seremban bergantung kepada permintaan.