Friday 10 October 2014

Untuk info terkini

https://www.facebook.com/pages/HMC-Niaga-Catering-Canopy-Services/215592975132673

Friday 8 October 2010

asalamualaikom..............
mintak maaf kpd sume kerane telah lame tidak meng update blog ini.
almaklom la terlalu byk tempahan ape2 pon terime kasih diucapkan kpd sume tenage kerja yg telah bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh dlm menyediakan sume tempahan dgn jaye nyer....

buzy.........

wo

Monday 15 March 2010

Berkampung Di Lavender High Seremban

       Jutaan terima kasih kepada EN RAZI sekeluarga kerana sudi megundang kami untuk meraikan majlis perkahwinan anak beliau pada 14 Mac 2010. Kami dari HMC NIAGA telah dilantik sebagai team belakang tabir berjaya melaksanakan  tugas yang di beri dengan penuh dedikasi. Majlis beliau bermula dengan makan malam iaitu selepas selesai majlis akad nikah jamuan untuk 100 orang . Berikut senarai menu yang disediakan oleh pihak kami:-
  • Nasi Putih
  • Sayur Nangka Masak Lemak
  • Ikan Keli Goring Berlada
  • Ikan Masin
  • Sambal Belacan
  • Air Sirap
 *RM7.00 per pax*

Majlis perkahwinan telah di saksi kan oleh 1000 jemputan termasuk ahli keluarga dan sahabat handai. Sekali lagi Staff HMC memberi perkhidmatan nya dengan membawa tukang masak berpengalaman di ketuai oleh  HJ MOHD MODDAT,KHAIRUL ANUAR dan AMIR HAMZAH beberapa pembantu juga di bawa bagi melancarkan perjalanan majlis tersebut. Menu yang telah disedia kan  ialah:-
  • Nasi Beriani 
  • Nasi Putih
  • Ayam Goring
  • Daging Kurma
  • Pencuk
  • Rebung Masak Lemak
  • Ikan Masin 
  • Sambal Belacan
  • Bubur Pulut Hitam
  • Kuih
  • Tapai
  • Air Sirap Bandung
*RM15 per pax*




Saturday 13 March 2010

HMC NIAGA dijemput ke Melaka

Pada 13 march 2010,kami HMC Catering Services telah di undang untuk menyediakan jamuan majlis perkahwinan anak EN.ZAINAL ABIDIN seramai 1000 jemputan di Semabok Melaka.
Menu yang telah kami sediakan seperti berikut:-
  1. Nasi beriani
  2. Ayam goreng panas
  3. Daging beriani
  4. Dalca tetel
  5. Pencuk
  6. Tapai
  7. Kuih-muih
  8. Buah-buahan
  9. Sirap bandung soda
     * harga pakej katering = RM11 per pax

    Thursday 11 March 2010

    Nasi Beriani Gam Atuk Abah


    Nasi beryani gam atuk abah memang cukup popular disekitar mukim Parit Bakar dan mukim Parit Jawa. Nasi beriyani atuk abah bukan sahaja  sering menjadi hidangan dalam majlis-majlis perkahwinan malah di majlis-majlis rasmi terpilih. Nasi beriyani atuk abah juga pernah dihidangkan kepada pembesar negara seperti Tun Musa Hitam ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau Menteri Besar Johor. Rata-rata orang yang pernah makan nasi beriyani atuk abah memuji rasanya yang cukup unik.
    Resipi nasi beryani gam ini atuk abah pelajari sendiri dari seorang pakar nasi beriyani dikenali sebagai Wak Lan Tabla pada tahun 1965. Walaupun senarai bahan-bahannya panjang meleret tapi formulanya mudah aje. Daging mesti diperap dengan bahan-bahan dan rempahnya hingga benar-benar lembut.
    Untuk hidangan skala besar seperti majlis perkahwinan memang agak susah untuk memerap daging yang banyak kerna ia akan mengambil masa begitu lama sedangkan biasanya dalam situasi seperti ini daging hanya diperolehi pada hari majlis diadakan. Jadi atuk abah menggunakan konsep “masak atas darat” untuk memendekkan masa memerap kepada hanya 2-4 jam tetapi hasilnya daging masih tetap lembut. Menggunakan konsep “masak atas darat” daging digaulkan dengan semua rempah ratus dan bahan beriyaninya dan dikacau tanpa henti 2-4 jam sehingga cukup sebati dan lembut.
    Daging yang telah ditumis kemudian ditutup dengan nasi yang separuh tanak dengan dilapis kain muslin. Periuk nasi digam dengan gam doh tepung supaya wap tak boleh lepas. Di letakkan di atas bara yang meruap, periuk nasi akan bertindak sebagai ketuhar menanakkan nasi dan memasak daging dalam masa yang sama. Untuk memastikan daging tidak berkerak pastikan bara hanya mengelilingi periuk dan tidak betul-betul dibawahnya. Tungku juga mesti terlalu rendah tapi tidak terlalu tinggi. Hasilnya  nasi akan masak gebu, tidak terlalu berminyak dan tidak berkerak.
    Nasi yang dimasak bersama daging dipanggil nasi ibu beriyani. Nasi ibu beriyani ini kemudiannya akan dicampurkan dengan nasi minyak biasa yang dimasak dalam kawah berasingan untuk memasukkan rasa beriyani ke dalamnya.
    Biasanya atuk abah buat sendiri tairu dengan mencampurkan jus limau nipis ke dalam susu cair sehingga menjadi masam. Tapi disini mak long tukarkan tairu dengan dadih hidup atau plain live yoghurt kerana ia lebih asli. Lagipun yoghurt lebih mudah didapati di sini.
    Untuk hidangan nasi beriyani dalam skala yang kecil (misalnya untuk hidangan 2 orang macam mak long  dan pak long), maklong tidak gunakan gam pada  periuk nasi. Sebaliknya maklong masukkan sahaja periuk nasi tu dalam ketuhar dalam suhu rendah, ia akan masak dengan cara yang sama.

    *artikel ini dipetik dari : http://maklongskitchen.wordpress.com/2008/10/25/nasi-beriyani-gam-atuk-abah/


    Wednesday 10 March 2010

    2010: Laman Web HMC telah dilancarkan..

            Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada HMC Niaga Catering & Canopy Services oleh pelanggan-pelanggan terdahulu mahupun yang akan datang. Kini kami melangkah setapak ke hadapan dengan membina laman web rasmi bagi meluaskan empayar perniagaan kami serata Malaysia dan tidak mustahil seantero dunia.